Wednesday, August 22

#214



Masam dan manis, busuk dan wangi, sedih dan gembira, tangis dan tawa, sakit dan sihat, susah dan senang, sesak dan lapang, jauh dan dekat.
1827 hari. Tiada hadiah. Tiada sambutan. Cuma ucapan ringkas untuk dia yang jauh di mata,


"Selamat ulang tahun sayang".

Tuesday, August 21

#213

Mudah. Jangan sesekali kau jilat apa yang telah kau ludahkan.

Sunday, August 5

#212

Jangan dipegang erat lagi. Lepaskan. Biar angin alunkan ia pergi..

Saturday, July 21

#211

Ramadhan kali kedua dan terakhir di bumi Auckland. Rasa sejuk masih mengigit kulit dan bibir masih kering. Aneh, aneh bila mengetahui sesuatu tapi masih berpura pura tanya. Bibir kering ini mampu pecah berdarah menuturkan perkara yg sama berulang ulang. Senyum.






Selamat menahan lapar, dahaga dan nafsu.

Wednesday, July 11

#210

Ellis suka pada Thayer. Jatuh hati dengan senyuman manisnya. Tiga tahun tersenyum. Namun, lambat laun mereka akan berjauhan, jauh di seberang laut. Ellis sedih. Thayer sedih. Mereka tahu dua tahun itu bukan sekejap. Perit. Ellis punyai seorang kawan baik semenjak sekolah, Orwell. Jarak, jarak selalu mengundang prasangka jahanam. Ellis buang Orwell daripada hidupnya, selamanya. Ellis menangis. Perit. Jarak dan situasi mereka membuat Ellis terpaksa mengalah. Sepanjang Ellis di seberang, Thayer kerap membantu abangnya bekerja. Ellis selalu menemani Thayer tidak kira masa. Ellis sangkakan mereka gembira. Hampir setahun berjauhan ada sesuatu yang merobek hati Ellis. Thayer dalam diam berubah hati. Ellis tahu, dia dapat membaca tingkah laku dan layanan Thayer. Ellis menanti. Menanti hari terburainya semua. Thayer jatuh hati pada seorang gadis bernama Feyfey lima bulan yang lalu. Thayer menyangkal. Ellis baca semuanya. Ellis bukan gadis yang mudah percayakan sesuatu tanpa bukti. Ellis nampak. Thayer masih menyangkal. Ellis tahu. Ellis buta selama lima bulan. Perit. Peritnya jarak. Pelbagai persoalan mencanak masuk ke benak Ellis. Mana silapnya. Ellis rebah bersama kesetiannya. Ellis rebah. Segalanya remuk.
















"You run around like there's nothing wrong nothing wrong
No one about so you please yourself please yourself please yourself
Never any guilt nothing on your mind on your mind on your mind
But what a wonderful world this is 
Always fair always kind" - The Small Hour

Monday, July 9

#209

Apa guna melalak, benda bukan boleh dipaksa. Walau bersungguh kadang cuma sia-sia.
Senyum mungkin. Senyum.






:)

Thursday, June 28

#208

Dibesarkan dengan ideology segalanya yang dilakukan ialah satu kesalahan. Tanpa mengetahui apa yang betul. Lemas. Terkapai dalam lautan yang penuh dengan persoalan. Teguk dan telan terlalu banyak jawapan. Sesak nafas. Mati lemas.






I am weirdo, I am creepy, I am me.

Wednesday, June 20

#207

Memang benar semuanya terjadi kerana tangan, kepala, badan, dan pilihan diri sendiri, tapi janganlah berpura lupa pada manusia manusia pendamping yang setia duduk dan berdiri di tapak yang sama menemani tanpa sekali pun membelakangi dan berpaling arah.
Erinnern!







Beliakkan mata dan himpitkan itu kemas dalam kepala.

Monday, June 11

#206

All the pain that you went through makes you the person you are today.










"There's many things I wish I didn't do, but I continue learning."- Hoobastank

Saturday, June 9

#205

Berapa banyak simpati lagi harus dihambur untuk memahami? Sifar. Pergilah duduk bersila di dalam kasutnya. Jangan hanya tahu menunding jari.








Oih, musim angin sejuk menggigit kulit.