Kita, manusia sangat suka biarkan masa berlari meninggalkan kita tanpa menoleh belakang. Umpama masa mengejek ngejek manusia yg lalai dengan mimpi yang hanya terapung berkepul di atas kepalanya, bukan nyata. Mungkin kerana terlalu selesa, atau khayal. Sehingga satu saat, kita tersedar dan cuba mengejar semula.
Terlambat.
Masa di hadapan, kita berpeluh peluh di belakang.
Masa tersenyum, kita berkerut.
Masa tertawa, kita menangis.
Masa. Hampir dua tahun, hampir hilang. Apa yang berubah, apa yang tersisa, dan apa yang tertangkap di ruang memori.
1 comment:
dah namanya masa.detik berjalan. Tempuh saja lah kawan.
Post a Comment